Popular Posts

Tuesday, September 10, 2013

Tanda Putera

TANDA PUTERA

         Semenjak cerita ini di war-warkan dalam pelbagai media maka publisitinya dilihat dari banyak sudut. Bagi yang memang rasis China maka cerita ini bagaikan bom jangka bagi mereka kerana kelibat dan karenah mereka terbongkar seolah-olah itulah antara budaya hidup mereka. Sedangkan kita semua sedia maklum, cerita sejarah tidak boleh berbohong. Bagi yang rasis Melayu, maka inilah antara karya agung yang perlu ditonton kerana sejarah perjuangan dua pemimping ulung negara tersebut tiada galang gantinya. Bagi yang sememangnya anti kerajaan mereka akan ikut semangkuk apa yang kaum China perjuangkan. Sebab itu tiada bantahan rasmi dibuat semasa Lim Guang Eng mempersendakan Tanda Putera.

Aku telahpun menonton cerita Tanda Putera ini. Dari awal hingga akhir tayangan aku melihat setiap scene adalah penting. Tiba-tiba semangat aku bangkit secara luar biasa. Ditambah lagi dengan sekumpulan pemuda yang duduk selang dua kerusi dari kiri kanan aku. Mereka juga teruja. Sejak dari mula lagi mereka dok asyik bertanya bila lagi nak mulakan lagu NegaraKu. Dia orang kata sudah lama mereka tidak menyanyikan lagu tersebut secara berama-ramai. Sebaik saja lagu NegaraKu dikumandangkan, masing-masing terdiam. Barangkali masing-masing  nostalgia bermula.

Tanda Putera berjaya memaparkan cerita di sebalik tabir akan perjuangan dua orang sahabat sebagai pemimpin negara. Tragedi 13 Mei 1969 dijalin dengan baik. Bagi aku hanya sekitar 10% sahaja paparan dari peristiwa sebenar yang berlaku. Itupun cukup mendebarkan. Itu rakaman sejarah yang tidak mampu diubah. Peristiwa ada orang China kencing berdiri ke atas bendera Malaysia dan di hadapan rumah Menteri Besar ketika itu amat biadap. Dan scene inilah yang cuba disembunyikan oleh DAP. Adegan itu tidak menyatakan secara jelas siapakah budak China tersebut. Tetapi pemimpin DAP terang-terangan telah mengakunya. Apa yang perlu ditakutkan kalau benar budak China itu adalah Lim Kit Siang. Ini adalah kerana perangai Lim Kit Siang tidak pernah berubah sejak peristiwa kencing tersebut sehingga ke hari ini sikap anti Melayunya jelas. Bicaranya penuh kebongkakan. Bahkan bahasa Melayunya pun pelat walaupun sudah berabad duduk kat Malaysia. 

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan, naskah Tanda Putera adalah hadiah terbaik untuk mereka. Sebab itu, sebaik cerita Tanda Putera tamat, ramai penonton yang bangun, bertepuk tangan dan ada yang masih tidak mahu meninggalkan panggung. Tentu pelbagai persepsi yang tergambar di fikiran masing-masing. Bagi aku, kalau ada penonton yang masih mengesat-ngesatkan air mata keterharuan maka Tanda Putera sudah berjaya menyampaikan mesejnya. Aku tabik kepada semua pendokong yang membawa pelbagai watak dalam cerita tersebut istimewanya kepada pengarah dan krew penerbitannya.

Friday, December 10, 2010

Bila Persekolahan Mula Dibuka

Selang 20 hari lagi dari rencana ini ditulis, persekolahan bagi Tahun 2011 akan datang lagi. Sambutan penggal persekolahan ini agak berbeza antara suatu kelompok dengan kelompok yang lain sama ada kelompok kanak-kanak sekolah, guru-guru ataupun  ibu bapa.

Bagi kanak-kanak yang sudah lali bersekolah tidak ada masalah besar yang dihadapi. Bagaimanapun bagi kanak-kanak yang baru pertama kali menempuh alam persekolahan, debarannya amat terasa. Ah, macam zaman kita dulu-dululah. Ada yang tidak sabar, sebelum subuh dah bangun. Yang terlebih sabar pula macam-macam karenah dicipta. Perut meragam semacam aje.

Bagi kaum guru pula, menghadapi hari-hari persekolahan agak memenatkan. Itu bagi guru-guru yang komited dengan tugasannya. Berfikir siang dan malam bagaimana untuk memajukan sekolah, memperkasakan anak-anak murid dan memahami pelbagai karenah ibu bapa dan orang-orang atasan. Bagi guru-guru yang tidak komited pula, sekolah ke tak sekolah ke, sama saja. Janji gaji jalan. Silap-silap hari bulan, dapat anugerah cemerlang lagi.

Kelompok yang agak pening sedikit bila menghadapi musim baru persekolahan adalah kaum ibu bapa. Masuk saja bulan Disember, sudah mula berkira-kira tentang bayaran persekolahan anak-anak. Anak seorang boleh tahan lagi tetapi kalau anak dah 'berorang-orang', yang ni paling letih berfikir. Bagi ibu bapa yang berduit tahan sikit. Bagaimanapun bagi ibu bapa yang sekadar cukup makan minum tentu mimpi mereka lebih ngeri. Kalau bayaran setakat dua tiga puluh ringgit seorang tahan lagi tetapi sekarang ini bayarannya dah semacam mengarut. Paling minima untuk seorang seratus lebih. Bayangkan kalau ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai.

Sekiranya pihak kementerian pelajaran dan sekolah mengamati konsep 1Malaysia di mana rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan maka peranan mereka mengurangkan beban ibu bapa diawal musim persekolahan perlu difikirkan. Sebenarnya terlalu banyak cara dan kaedahnya. Tinggal lagi siapa dan bila hendak dilaksanakan. Ataupun semua pihak berharap isu ini disensasikan dulu barulah semuanya beria-ia mengambil langkah yang sepatutnya. Tepuk dada, tanya selera.

Sunday, November 14, 2010

13 Mei 1969

Perdebatan isu peristiwa 13 Mei 1969 di ketengahkan lagi. Bermula dari perdebatan di DUN Pulau Pinang kemudian dikupas secara ilmiah di kolumnis Utusan Malaysia dan seterusnya seperti yang diduga menjadi topik perbahasan terhangat di pasaran. Di antara pendebat yang paling gah popularitinya sudah pasti dari kalangan ahli-ahli parti politik negara.

Saya tidak berhasrat untuk mengupas peristiwa yang bersejarah itu. Ini disebabkan, walauapapun hasil perdebatan kita, peristiwa tersebut sudahpun berlaku. Tidak mungkin sama sekali untuk kita memadamkannya dari lipatan sejarah. Sekiranya kita berfikiran negatif maka negatiflah yang kita akan nampak tetapi jika kita berpandangan positif maka peristiwa 13 Mei 1969 boleh kita jadikan sebagai tiang pasak untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini.

Bezanya antara sebahagian daripada masyarakat kita dengan negara-negara maju adalah kita masih lagi berfikiran kelas ketiga walaupun kita sedang menuju sebuah negara maju. Jikapun kita tidak mahu melihat negara termaju seperti Amerika ataupun Jepun bagaimana mereka meraikan peristiwa hitam negara masing-masing tetapi lihatlah negara jiran kita, Singapura begitu bijak memanipulasikan peristiwa hitam negara mereka sebagai hari perpaduan dan perdamaian.

Syabas kepada pendokong-pendokong sejarah, kerana berjaya meyakinkan para pemimpin untuk meletakkan subjek sejarah sebaris dengan kepentingan subjek teras yang lain. Bahana daripada kita melupakan sejarah tersirat terhadap peristiwa 13 Mei 1969. Selepas ini kita berharap masyarakat boleh belajar sesuatu daripada sejarah.