Popular Posts

Sunday, November 14, 2010

13 Mei 1969

Perdebatan isu peristiwa 13 Mei 1969 di ketengahkan lagi. Bermula dari perdebatan di DUN Pulau Pinang kemudian dikupas secara ilmiah di kolumnis Utusan Malaysia dan seterusnya seperti yang diduga menjadi topik perbahasan terhangat di pasaran. Di antara pendebat yang paling gah popularitinya sudah pasti dari kalangan ahli-ahli parti politik negara.

Saya tidak berhasrat untuk mengupas peristiwa yang bersejarah itu. Ini disebabkan, walauapapun hasil perdebatan kita, peristiwa tersebut sudahpun berlaku. Tidak mungkin sama sekali untuk kita memadamkannya dari lipatan sejarah. Sekiranya kita berfikiran negatif maka negatiflah yang kita akan nampak tetapi jika kita berpandangan positif maka peristiwa 13 Mei 1969 boleh kita jadikan sebagai tiang pasak untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini.

Bezanya antara sebahagian daripada masyarakat kita dengan negara-negara maju adalah kita masih lagi berfikiran kelas ketiga walaupun kita sedang menuju sebuah negara maju. Jikapun kita tidak mahu melihat negara termaju seperti Amerika ataupun Jepun bagaimana mereka meraikan peristiwa hitam negara masing-masing tetapi lihatlah negara jiran kita, Singapura begitu bijak memanipulasikan peristiwa hitam negara mereka sebagai hari perpaduan dan perdamaian.

Syabas kepada pendokong-pendokong sejarah, kerana berjaya meyakinkan para pemimpin untuk meletakkan subjek sejarah sebaris dengan kepentingan subjek teras yang lain. Bahana daripada kita melupakan sejarah tersirat terhadap peristiwa 13 Mei 1969. Selepas ini kita berharap masyarakat boleh belajar sesuatu daripada sejarah.

No comments:

Post a Comment